" Mutiara Kata "

Pengajaran dan Pembelajaran

  Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1 ( KSSR )


TEMA  :    KEBERSIHAN
TAJUK :   Menjaga Diri

FOKUS UTAMA
Standard Kandungan
1.2  Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasadan ayat dengan betul .
Standard Pembelajaran
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dantepat.

FOKUS SAMPINGAN
Standard Kandungan
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong,
vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.
ii. menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
iii. memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua tau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

PENGISIAN KURIKULUM
i. Ilmu: Sains (anggota badan),Pendidikan Kesihatan,Pendidikan Moral
ii. Nilai: Menjaga kebersihan anggota badan
iii. KBT: Kemahiran Berfikir – mengumpul dan mengelas

SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata nama am, kosa kata

MEDIA
Gambar anggota badan, kad perkataan,lembaran kerja, ICT



AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Langkah 1

1. Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti.

Contoh:

Tangan, leher, mata,dahi, hidung, perut, mulut, badan, kaki, jari

2. Murid diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas




Langkah 2

1. Murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan .

Contoh:

Tangan, leher, mata, dah, hidung, perut, mulut, badan, kaki, jari

2. Murid menyebut semula perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.

3.Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing




KBT (KB):
- Mengumpul dan mengelas

Nilai:
- Jaga kebersihan diri

Ilmu:
- Sains

(anggota badan)




Perkataan:

Contoh:
Tangan,leher, mata, dahi hidung, perut, mulut, badan, kaki, jari

Media:
- Gambar anggota badan
- kad perkataan


Langkah 3

1. Murid menceritakan cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu
digunakan

2. Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka  dan suku kata tertutup seterusnya memadankan dengan gambar yang diberi.

3. Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul.
















Lembaran Kerja 1


Langkah 4

1. Murid mendengar dan mengulang perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan.


2. Seorang murid mengeja dan menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan murid lain akan mengulanginya.

3. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang
menunjukkan anggota badan dan bukananggota badan.

4. Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan pada lembaran kerja yang diberi.





KBT (KB):
- klasifikasi

Sistem Bahasa:
- Kata nama Am

KBT(TKP):
- hubung kait

Nilai:
- Kebersihan




Lampiran 1
















Lembaran Kerja 2

Langkah 5

1. Murid membaca dan memahami petikan beramai-ramai dengan bimbingan guru.

2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-gilir.

3. Murid bersoal jawab tentang maksud perkataan yang di hitamkan.

4. Murid menyebut semula makna perkataan yang di hitamkan.

5. Murid memadankan perkataan dengan makna yang diberi secara menaip atau klik dan seret - MS Word perkataan




Kemahiran ICT

Sistem Bahasa:
- sinonim



Lampiran 2














Lembaran Kerja 3






Pentaksiran

1. Murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang disebut oleh guru.

2. Murid menulis perkataan yang disebut dengan ejaan yang betul.





Lembaran Kerja 4


Pemulihan

1. Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan.

2. Murid menggabungkan suku kata menjadi perkataan dan mengeja serta menyebut perkataan itu.







Lembaran Kerja 5




Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu ( Pemahaman )



KELAS/
MASA/
MATAPELAJARAN

KANDUNGAN

IMPAK/CATATAN
BAHASA
MELAYU
8.20 – 9.20
4 CEMPAKA



Tema :  Keluarga
Tajuk :  Keluarga Saya
Kemahiran :
FU    :SK : 4.1 Menyebut dan memahami  
                 unsur seni dan lagu melalui
                 nyanyian secara didik  hibur.
           SP : 4.1.1Menyebut seni kata lagu
                 melalui nyanyian secara didik
                 hibur.
FS     :SK: 3.1  Asas menulis dengan cara
                  yang betul.
           SP: 3.1.2 Membentuk garisan yang
                  menyerupai bentuk huruf dengan
                  kemas dan jelas.
Objektif:
   Pada akhir pengajaran murid dapat:
i..Menyebut seni kata lagu dengan
   sebutan yang betul dan jelas melalui   
   nyanyian  secara didik hibur.
ii.Melakar 8 bentuk huruf dengan  betul  
   dan  kemas.

Aktiviti:
Set Induksi
- Guru memaparkan gambar keluarga dan menyanyikan lagu “Sayang Keluarga”.
Langkah:
1.          Guru bersoaljawab berkaitan anggota keluarga.
2.          Guru membimbing murid mengeja perkataan anggota keluarga.
3.          Menyebut senikata lagu dengan nyanyian dan gerak geri
4.          Menulis perkataan yang diberikan dengan betul.
Penutup:
Menyanyi lagu ”Sayang Keluarga” .

Sistem Bahasa
Tatabahasa  -
 -  kata nama am
Pengisian Kurikulum:
Ilmu
-  Pendidikan Moral.

Nilai
Kasih sayang

KBT
1. TKP
  -  Kinestatik
2. EMK
  - Kreatif dan inovatif
3. KB
  - Mencirikan

Media:
Buku teks, Komputer

Refleksi:
28/35 murid telah menguasai kemahiran.
5 orang murid diberi bimbingan.
2 orang diberi pemulihan.












































Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu ( Penulisan )


KELAS/
MASA/
MATAPELAJARAN

KANDUNGAN

IMPAK/CATATAN
BAHASA
MELAYU
8.20 – 9.20
4 CEMPAKA



Tema :  Keluarga
Tajuk :  Keluarga Saya
Kemahiran : **
FU    : SK : 4.1      SP : 4.1.1
FS     : SK: 3.1       SP : 3.1.2

Objektif:
   Pada akhir pengajaran murid dapat:
i..Menyebut seni kata lagu dengan
   sebutan yang betul dan jelas melalui   
   nyanyian  secara didik hibur.
ii.Menulis lima perkataan suku kata
    tertutup dengan betul dan kemas.

Aktiviti:
Set Induksi
- Guru memaparkan gambar keluarga dan menyanyikan lagu “Sayang Keluarga”.
Langkah:
1.   Guru bersoaljawab berkaitan anggota keluarga.
2.   Murid mengeja perkataan anggota keluarga.
3.   Menyanyi lagu dengan melakukan gerakan.
4.   Melakar perkataan yang diberikan dengan betul. 

Penutup:
Menyanyi lagu ”Sayang Keluarga”.
Sistem Bahasa
Tatabahasa  -
  - kata nama am

Ilmu
-  Pendidikan Moral,
 
Nilai
Kasih sayang

KBT
1. TKP
  - Kinestatik
2. EMK
  - Kreatif dan inovatif
3. Kontektual

Media:
Seni kata lagu
Kad perkataan
Gambar tunggal

Refleksi:
28/35 murid telah menguasai kemahiran.
5 orang murid diberi bimbingan.
2 orang diberi pemulihan.



































 Dokumen Standard KSSR Bahasa Melayu Tahun 1

Anda boleh dapati dokumen tersebut menerusi alamat laman web di bawah :



Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Sekolah Rendah ( SK )


   Di sini turut menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkannya boleh melayari laman web yang tertera di bawah :

Sila Klik :




Contoh Rakaman Pengajaran Bahasa Melayu

   Contoh video rakaman mengajar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Anda boleh lawati laman web di bawah :

Sila Klik :

http://www.youtube.com/watch?v=wnUnKCGvG-0&feature=related


Bank Soalan Bahasa Melayu

    Guru-guru boleh mendapatkan contoh-contoh soalan Bahasa Melayu untuk dijadikan panduan dalam membina dan membentuk soalan dengan melayari laman wab di bawah :

Sila Klik :


     Semoga dengan ini dapat membantu guru-guru dalam menyediakan soalan yang berkualiti untuk murid-murid.


 Bahan Bantu Mengajar ( BBM )
 
     Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai “information from which a (written) work is to be produced”. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.
 
         Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

      Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.
  

Fungsi Bahan Bantu Mengajar


      Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

      Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya “Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan...” (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.


Penggunaan Kit Pengajaran

     Kit Pengajaran adalah merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru-guru ketika melaksanakan PnP di dalam kelas. Antara contoh-contohnya adalah seperti dibawah :

" Kad Bergambar "

" Bintang Suku Kata "

" Kad Ejaan Bergambar "

" Kad Ejaan Bergambar "

Belajar Peribahasa Dengan Video Animasi


     Di sini saya ingin berkongsi kongsi dengan semua tentang ruangan laman multimedia yang mengandungi banyak bahan yang boleh kita gunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Di laman ini banyak terkandung pelbagai video animasi yang sesuai untuk kanak-kanak belajar bahasa melayu terutamanya peribahasa. Antaranya seperti gambar dibawah.

Cerita-cerita peribahasa yang berkaitan dengan ayam
 
 
      Setiap cerita akan disertakan dengan pelbagi aktiviti untuk murid seperti penerangan tentang perbendaharaan kata yang terdapat pada cerita, kuiz yang berkaitan dengan cerita, permainan dan cenderamata.


Permainan yang disediakan untuk murid.
Kuiz untuk menguji kefahaman murid-murid turut disediakan .
 
      Semoga dengan sedikit informasi ini dapat membantu guru-guru insyaallah...

Tip UPSR: Jawapan tepat bantu calon cemerlang Bahasa Melayu Penulisan



Tension...macam mana nan skor A ni....

    BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam kabut sebelum menduduki peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan peperiksaan.

       Persediaan awal itu penting kerana untuk menduduki kertas Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.

   Sebagai peringatan, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A membabitkan pembinaan ayat, Bahagian B pula karangan, manakala Bahagian C berkaitan ulasan. Ketiga-tiga bahagian ini mesti dijawab.

(a) Bahagian A

1. Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab dengan peruntukan 10 markah.

2. Untuk mendapat markah penuh tidaklah begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu.

a. Langkah pertama

Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan dalam Bahagian A ada tiga, iaitu “tentang”, “aktiviti” atau “situasi”.

Kunci soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008, terdapat ayat “Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat”. Ayat tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat.

Walau apapun kunci soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar memulakan ayat dengan subjek (watak).

b. Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam gambar.

Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Senaraikan seberapa banyak kata kerja yang ada.


c. Langkah ketiga.

Calon mula membina ayat berdasarkan kata kerja yang telah disenaraikan.

Dinasihatkan agar calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak).

Selepas subjek, tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana, bagaimana, mengapa dan bila).

Contoh:

Watak Kata Kerja Maklumat

Beberapa orang murid - menyertai - pertandingan lukisan

- melukis - sempena Hari Kebangsaan

- mewarna - di dewan

Jawapan contoh: Beberapa orang murid yang menyertai pertandingan lukisan sedang melukis dan mewarna lukisan mereka sempena Hari Kebangsaan di dewan.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat. Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis dan mewarna.

Calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai pengulangan ayat.

Pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.


d. Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan elakkan daripada membina ayat pasif.

Semak ejaan agar tidak ada yang salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya. Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah.

Begitu juga dengan kosa kata atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya, antara “memangkas” dengan “mencantas”, dan “membelah” dengan “mengerat”. Maknanya berbeza mengikut keadaan atau konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh membawa maksud yang berbeza. Contohnya, “Ayah menjual ikan” dengan “Ayah penjual ikan”. Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat yang dibina bermula dengan huruf besar.

Setiap ayat yang dibina mestilah mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.


(b) Bahagian B

Untuk menjawab soalan bahagian ini, calon perlu banyak membaca bagi menghasilkan karangan yang baik. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah 40 minit.

Petua untuk Bahagian B, calon mesti menggunakan kaedah FMK iaitu Formula Menulis Karangan, iaitu kaedah menulis karangan berdasarkan perenggan 233332. Setiap karangan mempunyai enam perenggan.

233332 bermaksud perenggan pertama dan keenam mempunyai dua ayat, manakala perenggan kedua hingga kelima, masing-masing tiga ayat.

Calon dinasihatkan agar selang satu baris antara perenggan yang dibuat agar karangan dihasilkan kelihatan lebih kemas.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, calon haruslah melakukan empat langkah.


a. Langkah pertama

Pilih soalan. Calon mesti membaca semua soalan terlebih dahulu sebelum memilih soalan yang hendak dijawab.

Pilih soalan yang banyak isi berdasarkan pengalaman calon agar mudah untuk menulis karangan. Ini kerana ada juga karangan yang senang tajuknya tetapi calon sukar mencari isinya.

Calon juga perlu mencari kunci soalan, kehendak soalan, format dan jenis karangan. Contohnya;

Pada suatu petang, anda bersiar-siar dengan seorang rakan di tepi pantai. Tiba-tiba anda terdengar jeritan orang meminta tolong. Ceritakan tindakan anda dan kawan anda ketika itu.

Kunci soalan ini ialah “Ceritakan tindakan”. Kehendak soalan ialah “menceritakan tindakan selepas mendengar jeritan”. Manakala format dan jenis karangan ialah cerita dan karangan tidak berformat.

Langkah dicadangkan ini boleh membantu calon mengelakkan daripada menulis karangan terpesong.


b. Langkah kedua

Merangka karangan. Gunakan kaedah merangka karangan yang telah dipelajari sama ada “Peta Minda”, “Melakar Isi” atau “Teknik Penyoalan”.


c. Langkah ketiga

Menulis karangan. Pastikan ada enam perenggan bagi karangan yang calon tulis.

Pastikan calon tidak tersilap menulis perenggan pendahuluan kerana ada calon yang masukkan isi dalam perenggan pendahuluan. Contohnya:

1. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Antaranya ialah kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

2. Melancong ialah aktiviti yang mempunyai banyak faedah kepada kita semua. Kita boleh melancong di dalam atau luar negara.

Jawapan yang tepat sebagai pendahuluan adalah jawapan 2.

Untuk karangan fakta, calon boleh menulis karangan dengan menggunakan kaedah ICK, iaitu isi, contoh dan kesan atau IKC, iaitu isi, kesan dan contoh.

Untuk perenggan penutup, calon boleh gunakan pelbagai jenis penutup seperti berbentuk rumusan, nilai, pantun, penegasan, peribahasa, kata hikmah dan pendirian.


d. Langkah keempat

Semak karangan. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul sebelum beralih untuk menjawab Bahagian C.


(c) Bahagian C

Bahagian C memperuntukkan markah sebanyak 20 dan masanya 20 minit sahaja. Oleh itu, calon mesti bijak menggunakan masa untuk menjawab soalan bahagian ini.

Konsep Bahagian C ialah mengecam nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam petikan diberikan. Lantaran itu, calon mesti mengecam, mencari, mengenal dan mendapatkan nilai murni atau pengajaran yang terkandung dalam petikan itu.

Calon juga mesti tahu membezakan antara perbuatan dengan nilai murni atau pengajaran.

Contohnya: Abang mengucapkan terima kasih kepada adik kerana mengeluarkan barang-barang dari dalam bilik itu.

Pengajaran bagi ayat ini ialah “menghargai”, manakala perbuatan yang menunjukkan adanya pengajaran ialah “Abang mengucapkan terima kasih”.

Membezakan antara perbuatan dengan pengajaran penting agar calon tidak tersilap mengulas pengajaran yang sepatutnya.

Untuk menghasilkan jawapan yang baik, empat langkah dicadangkan.


a. Langkah pertama

Baca petikan sekali lalu untuk memahami kandungannya. Kemudian, baca sekali lagi dan gariskan perkataan yang menunjukkan terdapatnya nilai murni atau pengajaran.

Contohnya: Zaidi selalu mengulang kaji pelajaran waktu malam.

Perkataan yang menunjukkan ada pengajaran ialah “mengulang kaji”.

Walaupun perlu mengulas lima pengajaran sahaja, calon dinasihatkan agar mencari seberapa banyak pengajaran yang ada dalam petikan.


b) Langkah kedua

Calon perlu memilih lima pengajaran yang ingin diulas dan binalah rangka ulasan. Contohnya:

Pengajaran Perbuatan Agar atau Siapa

Rajin mengulang kaji pelajaran - lulus periksa

- Zaidi


c) Langkah ketiga

Membina ulasan lengkap.

Contohnya: Kita mestilah rajin mengulang kaji pelajaran agar lulus peperiksaan seperti Zaidi.

Ulasan mesti ditulis dalam satu perenggan. Oleh itu, gunakan penanda wacana agar ayat yang dibina lebih menarik.


d) Langkah keempat

Semak ulasan yang telah ditulis. Pastikan struktur ayat, ejaan, imbuhan dan tanda baca yang digunakan betul.

Oleh sebab masa diberikan untuk menjawab ketiga-tiga bahagian dalam kertas ini agak singkat, iaitu 1 jam 15 minit, calon perlu bijak menguruskannya. Dicadangkan;
i.   Bahagian A - tiga minit faham gambar, lima minit tulis ayat dan dua minit untuk menyemak. 
ii.  Bahagian B - 10 minit faham soalan dan bina rangka karangan, 25 minit hasilkan karangan lengkap dan lima minit lagi untuk semakan. 
iii. Bahagian C - Lima minit cari dan senaraikan nilai murni atau pengajaran, 10 minit tulis ulasan lengkap dan lima minit lagi menyemak. 
iv. Masa lima minit terakhir, gunakan untuk semak semua jawapan Bahagian A, B dan C.                     


Tip UPSR: Strategi jawab soalan Bahasa Melayu Pemahaman 

 
    SIKAP tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.

    Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.


BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.

Langkah ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai jawapan.

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.


A. Faham
Seperti dikatakan, calon perlu memahami maksud kesemua pilihan jawapan yang diberikan. Kesalahan memilih jawapan berlaku kerana calon tidak memahami pilihan jawapan tersebut.

Untuk menjawabnya, ada dalam kalangan calon hanya mengagak maksud jawapan tersebut. Tindakan ini salah kerana calon perlu berusaha memahami maksud pilihan jawapan itu, bukan sekadar mengagak.

Biasanya akan wujud satu atau dua pengganggu jawapan yang paling dekat dengan jawapan yang tepat. Oleh itu, calon perlu benar-benar memahami pilihan jawapan yang disediakan.
Sebaiknya, buatlah catatan ringkas mengenai maksud bagi setiap pilihan jawapan tersebut.

Contoh soalan;

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih


B. Baca

Baca ayat soalan. Fahami betul-betul ayat tersebut dan kesesuaiannya dengan pilihan jawapan. Pilihan jawapan sebeginilah yang biasanya menjadi perangkap terutama kepada calon yang kurang berfikir.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.


C. Kesan

Calon perlu mengesan klu yang terdapat dalam ayat atau gambar. Ini penting kerana klu inilah yang akan membantu dan memudahkan calon memilih jawapan yang tepat.

Dalam soalan ini, klunya adalah ‘menyampaikan’ (Bulatkan perkataan menyampaikan).

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.


D. Pilih

Peringkat ini paling penting. Pilihlah jawapan yang paling tepat dan mengikut kehendak soalan. Oleh itu, fahamkan betul-betul kesesuaian ayat dengan pilihan jawapan.

Peserta itu menyampaikan ceritanya dengan _____ dan gaya yang menarik.

Pengganggu jawapan yang hampir tepat

A lincir - licin

B cekap - mampu melakukan

C pintar - pandai

D lancar - fasih

Pilihan jawapan yang paling tepat

Selain itu, pastikan calon mengikuti langkah berikut:

* Jawab soalan yang mudah terlebih dulu.

* Jangan membuang masa dengan menjawab soalan yang susah.

* Peruntukkan masa antara 15 hingga 20 minit untuk bahagian tatabahasa.

* Segera jawab soalan bahagian petikan.

* Baki masa perlu digunakan untuk menyemak semula jawapan.


BAHAGIAN PEMAHAMAN

Calon hanya perlu menjawab 10 soalan dalam bahagian pemahaman. Namun begitu, setiap soalan berkait rapat dengan petikan yang disediakan.

Antara langkah yang perlu dilakukan sewaktu menjawab soalan petikan ialah:


A. Baca dan faham

Calon perlu membaca petikan dan memahaminya terlebih dulu. Selepas itu barulah membaca soalan dan memahami pilihan jawapan yang disediakan. Jangan menjawab soalan tanpa membaca petikan terlebih dulu.

Contoh soalan:

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing.

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.


B. Cari pembayang jawapan

Biasanya klu atau pembayang jawapan ada dalam petikan. Calon perlu menggariskan klu tersebut.

Sebelum menghilang, lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula beberapa ekor sebagai tanda menghormati.


C. Penyesuaian

Sesuaikan pembayang yang ditanda atau digariskan dengan pilihan jawapan diberikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut? (soalan)

... lelaki itu berpesan seandainya mereka berjaya menangkap ikan di kawasan tersebut hendaklah dilepaskan semula (pembayang)


D. Memilih

Jika calon sudah jumpa pilihan jawapan yang sesuai dengan pembayang ditanda atau digariskan, pilihlah jawapan tersebut mengikut kehendak soalan. Jangan sesekali memilih jawapan yang tidak ada pembayangnya dalam petikan.

Apakah pesanan terakhir lelaki tersebut?

A Jangan menangkap ikan di kawasan tersebut.

B Beberapa ekor ikan perlu dilepaskan selepas memancing. (JAWAPAN)

C Memancing akan menyebabkan dia diserang penyakit misteri.

D Di dalam kawasan tersebut ada beberapa ekor ikan yang boleh ghaib.

Langkah di atas perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun begitu beberapa kelemahan perlulah diatasi agar calon tidak melakukan kesilapan merugikan. Antara kelemahan tersebut ialah:

i. Tidak membaca arahan untuk setiap soalan.

ii. Menjawab soalan dengan tergesa-gesa.

iii. Kurang memberi tumpuan kepada kata kunci pada setiap soalan.

iv. Membuang masa dengan soalan yang susah.

v. Tersalah menanda jawapan yang sepatutnya pada kertas jawapan.

vi. Menghabiskan masa terlalu lama membaca petikan.

vii. Tidak memadam jawapan yang salah dengan bersih pada kertas OMR.


Ingat!:
Sebaik saja selesai menjawab semua soalan, kira jumlah tanda hitam di atas kertas OMR. Pastikan tanda hitam itu cukup 40. Jika kurang, bermakna ada soalan yang belum berjawab, tetapi jika lebih, mungkin ada soalan yang ditanda dua jawapan. Oleh itu, calon perlu semak semula. 




CONTOH PELAN TINDAKAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

OBJEKTIF: MENINGKATKAN MUTU KEMAHIRAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


BIDANG YANG DIFOKUS

PERANCANGAN AKTIVITI

TUJUAN

BAHAN

1.      Meningkatkan Kemahiran
Penulisan.























2.      Meningkatkan kemahiran
lisan






Ø      Mengajar topik-topik tertentu daripada buku
      teks, buku kerja dan buku latihan
Ø      Memberi latihan tulisan yang telah ditetapkan
Ø      Melatih para pelajar membina ayat .
Ø      Membimbing murid menulis karangan .
Ø      Melatih murid menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
Ø      Memberi latihan mengisikan tempat kosong supaya menjadi sebuah karangan yang lengkap.
Ø      Menulis perkataan/ayat yang disebut oleh guru (ejaan/rencana).
Ø      Menyusun ayat mengikut urutan yang betul.
Ø      Pembacaan bahan-bahan karangan.
Ø      Menulis ringkasan cerita melalui buku cerita yang dibaca.
Ø      Membuat buku skrap tentang contoh-contoh karangan.
Ø      Memberi penilaian bertulis melalui ujian kelas  dan guru dikehendaki menjelaskan jawapan  kepada para pelajar selepas kertas ujian dipulangkan kepada para pelajar.



Ø      Melatih para pelajar menjawab soalan kefahaman secara lisan.

Ø      Para pelajar  digalakkan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu dalam kelas dan  kegiatan bahasa Melayu.

Ø      Melakonkan satu situasi yang diberi.

Ø      Menyuruh pelajar menceritakan semula cerita yang dibaca atau didengar.

Ø      Menyuruh pelajar memberi pendapat berdasarkan sesuatu tajuk.

Ø      Menggalakkan penuntut mengambil bahagian dalam Peraduan Bercerita dan Kuiz.

Ø      Mendengar radio kemudian menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Ø      Perbincangan secara kumpulan








Ø      Untuk menggalakkan para
    penuntut menggunakan
    tatabahasa yang betul dan
    membina asas tatabahasa
    yang kukuh.
Ø      Melatih para pelajar dalam penguasaan penulisan tulisan rumi.
Ø      Memperkayakan perbendaharaan kata.
Ø      Mengukuhkan pembentukan struktur ayat
Ø      Untuk melatih pelajar
    menghasilkan ayat sendiri.
Ø      Menambahkan pengetahuan untuk digunakan sebagai isi-isi karangan.
Ø      Untuk melatih penuntut
    memahami kehendak
    soalan peperiksaan dan me-
    nilai kemampuan pelajar
    serta memperbaiki
    kelemahan pelajar.

Ø      Melancarkan pertuturan.

Ø      Membina pemikiran yang kreatif

Ø      Membina keyakinan diri.

Ø      Melatih penuntut supaya fasih bertutur dalam bahasa Melayu

Ø      Meningkatkan kemahiran mendengar dan menjawab secara lisan.

Ø      Membolehkan murid-murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa Melayu
Ø      Guru-guru
    Darjah 1
    hingga 6

Ø      Buku-buku
      teks dan
      rujukan.

Ø      Majalah, suratkhabar, buku karangan dan buku cerita

Ø      Bahan-bahan ransangan seperti gambar, animasi dan rajah.





Ø      Guru-guru Darjah 1 hingga 6.

Ø      Alat-alat bantu mengajar seperti Makmal Bahasa Berkomputer

Ø      Buku-buku cerita.


3.      Meningkatkan kemahiran
membaca


Ø      Melatih  penuntut membaca secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Ø      Melafazkan pantun dan syair yang terdapat dalam buku kerja.

Ø      Penuntut disarankan untuk membaca bahan bacaan tambahan seperti majalah dan buku cerita.

Ø      Membaca petikan secara bergilir-gilir oleh setiap pelajar.


Ø      Melancarkan bacaan murid.
Ø      Memperbaiki mutu bacaan para pelajar melalui bacaan yang berterusan.
Ø      Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

Ø      Mengenalpasti pelajar yang lemah.

Ø      Guru-guru Darjah 1 hingga 6

Ø      Multi Media

Ø      Buku Teks dan buku kerja


4.      Pemberian kerja rumah


Ø      Latihan tambahan selain daripada latihan biasa bagi mengukuhkan pemahaman murid.

Ø      Latihan ulangkaji dan kerja rumah semasa cuti sekolah.


Ø      Membantu mematangkan lagi penerimaan pelajar dalam setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru.


Ø      Semua guru Darjah 1 hingga 6

Ø      Buku teks, buku kerja dan buku latihan.

5.      Pemberian kerja bertulis














Kefahaman: 16 (Darjah 1)
                     30 ( Darjah 2- 6 )
                  
Tatabahasa: 30 ( Darjah 1- 6)

Karangan : 10 (Darjah 2-3)
                   15 (Darjah 4-6)

Tulisan / pantun: 16

Ejaan : 16

                                             


Ø      Melatih para penuntut memahami dengan lebih lanjut tentang pelajaran yang diajar oleh guru.

Ø      Meningkatkan pemaham- an para penuntut terhadap pelajaran yang diajar melalui latihan yang dibuat oleh pelajar sendiri atau yang dibimbing oleh guru.



Ø      Buku latihan
Ø      Buku teks
Ø      Buku rujukan
Ø      Semua guru Darjah 1-6











6.      Kegiatan ko-kurikulum


Ø      Peraduan Menulis Tulisan Rumi (Darjah 1-3)

Ø      Peraduan mengarang (Darjah 4-6)

Ø      Peraduan Bercerita (Darjah 1-6)

Ø      Kuiz Bahasa Melayu (Darjah 4-6)


Ø      Memberi peluang kepada penuntut melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut untuk membentuk keyakinan diri penuntut

Ø      Semua guru Darjah 1 hingga 6