" Mutiara Kata "

Berita Pendidikan

Keputusan UPSR 2011 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud pada 17 November 2011, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran.Berikut adalah keputusan penuh yang diumumkan.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya memanjatkan kesyukuran kehadratNya kerana diberi kesempatan untuk membentangkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Semua calon juga boleh mendapat keputusan ringkas melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Matlamat persekolahan di sekolah rendah adalah untuk menyediakan murid dengan kemahiran asas 3M yang sangat penting iaitu menulis, membaca dan mengira. UPSR dilaksanakan pada akhir Tahun 6 untuk mentaksir sejauh mana calon telah dapat menguasai tiga kemahiran yang saya sebutkan tadi ditambah dengan penguasaan kemahiran saintifik sebagai memenuhi tuntutan akademik persekolahan di sekolah rendah. Selain kemahiran akademik, murid-murid seharusnya diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang.

Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Keputusan UPSR boleh digunakan oleh pentadbir sekolah menengah sebagai maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Ini bermakna keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus atau gagal seseorang murid tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid di tahun akhir persekolahan rendah.

UPSR Tahun 2011

Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat berjalan dengan lancar. Pada tahun ini sejumlah 497,691 orang murid telah mendaftar sebagai calon UPSR. Jumlah ini merangkumi 489,101(98.3%) calon Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan 8,590 (1.7%) calon sekolah swasta. UPSR telah dijalankan serentak di seluruh negara pada 13, 14 dan 15 September 2011. Sebanyak 8,235 pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 48,560 orang petugas peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan. Seramai 11,080 orang pemeriksa telah dilantik untuk menjalankan pemeriksaan kertas subjektif.

Keputusan UPSR 2011

Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran. Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Keputusan UPSR tahun ini akan dibandingkan dengan keputusan tahun 2010 untuk melihat sama ada prestasi UPSR 2011 secara keseluruhan meningkat atau menurun.

Pencapaian Calon

Jadual 1 menunjukkan pencapaian calon UPSR dari tahun 2008 hingga 2011. Pencapaian keseluruhan calon UPSR tahun 2011 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut GPN. Peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik iaitu minimum Gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang diduduki telah meningkat daripada 54.38% pada tahun 2010 kepada 55.45% pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.07%. Namun begitu, pencapaian calon Cemerlang (semua A) telah menurun sedikit (0.54%) iaitu daripada 10.02% pada tahun 2010 kepada 9.48% pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum telah berkurangan sebanyak 0.51% iaitu daripada 3.39% kepada 2.88% pada tahun ini.

Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR dari Tahun 2008 hingga 2011

Pencapaian Calon
2008
2009
2010
2011
Beza antara 2011 dengan 2010
Bil. Duduki
507,320
506,620
482,334
485,160
2,826
Cemerlang
(Semua A)
46,641
9.19%
48,171
9.51%
48,327
10.02%
46,012
9.48%
-2,315
-0.54%
Baik
(Minimum C  tidak termasuk semua A)
270,763
53.37%
271,165
53.52%
262,278
54.38%
269,021
55.45%
6,743
1.07%
Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
18,753
3.70%
20,216
3.99%
16,334
3.39%
13,958
2.88%
-2,376
-0.51%
Lain-lain Kombinasi
171,163
33.74%
167,068
32.98%
155,395
32.22%
156,169
32.19%
774
0.03%
Gred Purata Nasional
2.36
2.33
2.31
2.30
-0.01

Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar

Jadual 2 menunjukkan pencapaian calon bandar dan luar bandar pada tahun 2011 berbanding 2010.

Jadual 2: Pencapaian Calon Bandar dan Luar Bandar Pada Tahun 2011 Berbanding 2010

Pencapaian Calon
Tahun
Bandar
Luar Bandar
Jurang
Cemerlang
(Semua A)
2011
29,462
11.06%
16,244
7.56%
13,218
3.50%
2010
30,613
11.43%
17,609
8.28%
13,004
3.15%
Beza
-1,151
-0.37%
-1,365
-0.72%
214
0.35%
Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)
2011
148,265
55.66%
118,543
55.14%
29,722
0.52%
2010
147,801
55.17%
114,121
53.44%
33,680
1.73%
Beza
464
0.49%
4,422
1.70%
-3,958
-1.21
Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
2011
6,615
2.48%
7,225
3.36%
-610
-0.88%
2010
7,633
2.85%
8,621
4.04%
-988
-1.19%
Beza
-1,018
-0.37%
-1,396
-0.68%
378
0.31%
Lain-lain kombinasi
2011
82,039
30.80%
72,969
33.94%
9,070
-3.14
2010
81,916
30.58%
73,352
34.27%
8,564
-3.69
Beza
123
0.22%
-383
-0.33%
506
0.55%
Bilangan Duduki
2011
266,383
214,981
51,402
2010
267,908
213,551
54,499
Beza
-1,525
1,430
-3,097
Gred Purata Nasional (GPN)
2011
2.23
2.38
-0.15
2010
2.24
2.40
-0.16
Beza
-0.01
-0.02
0.01

Pencapaian calon Cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini, masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37% dan 0.72%. Walau bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik di bandar dan luar bandar, masing-masing telah meningkat sebanyak 0.49% dan 1.70%. Ini bermakna, peningkatan pencapaian Baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu sebanyak 1.21%.

Pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan, terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68% berbanding di bandar sebanyak 0.37%. Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar. Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01.

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Jadual 3 menunjukkan pencapaian calon berkeperluan khas tahun 2011 berbanding tahun 2010. Bilangan calon berkeperluan khas pada tahun ini bertambah seramai 59 orang. Peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang meningkat sebanyak 0.34% iaitu pertambahan seramai lima (5) orang. 17 orang calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada enam orang calon rabun, seorang calon pekak, seorang calon spastik dan sembilan orang calon lain-lain kecacatan. Walau bagaimanapun, peratusan calon berkeperluan khas yang mendapat pencapaian Baik menurun sebanyak 1.87%. Gred Purata Nasional (GPN) bagi pencapaian keseluruhan calon berkeperluan khas menurun sebanyak 0.01.

Jadual 3: Pencapaian Calon Berkeperluan Khas Tahun 2011 Berbanding Tahun 2010

Pencapaian Calon
2011
2010
Beza
Bil. Duduki
1,329
1,270
59
Cemerlang
(Semua A)
17
1.28%
12
0.94%
5
0.34%
Baik
(Minimum C tidak termasuk semua A)
218
16.40%
232
18.27%
-14
-1.87%
Di bawah tahap penguasaan minimum
(semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)
391
29.42%
392
30.87%
-1
-1.45%

Lain-lain kombinasi
703
52.90%
634
49.92%
69
2.98%
Gred Purata Nasional (GPN)
3.74
3.73
0.01

Prestasi Mata Pelajaran

Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah Kebangsaan (SK) adalah lebih tinggi tarafnya daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT) . Oleh itu, taraf kertas soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih tinggi di SK berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan.

Lampiran A menunjukkan analisis prestasi semua mata pelajaran manakala Jadual 4 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SK bagi tahun 2010 dan 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu sebanyak 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) meningkat sebanyak 1.1%. Walaupun prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SK bagi Gred A menurun sebanyak 0.6%, prestasi bagi Gred ABC meningkat sebanyak 2.9%. Ini menunjukkan bahawa pencapaian calon yang menguasai tahap minimum dalam Bahasa Melayu - Penulisan di SK adalah bertambah baik. Oleh yang demikian, prestasi bagi Bahasa Melayu - Penulisan di SK pada keseluruhannya menunjukkan peningkatan dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang berkurangan iaitu daripada 2.02 pada tahun 2010 kepada 1.96 pada tahun 2011.

Jadual 4:  Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SK bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E
011 
Bahasa Melayu – Pemahaman
2010
370,731
47.5
20.8
24.7
93.0
4.5
2.5
1.94
2011
371,815
49.4
18.7
26.0
94.1
3.7
2.2
1.90
Beza
1,084
1.9
-2.1
1.3
1.1
-0.8
-0.3
-0.04
012 
Bahasa Melayu –
Penulisan
2010
370,724
49.5
21.8
12.7
84.0
9.0
7.0
2.02
2011
371,772
48.9
25.0
13.0
86.9
6.9
6.2
1.96
Beza
1,048
-0.6
3.2
0.3
2.9
-2.1
-0.8
-0.06

Jadual 5 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Melayu di SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman dan Penulisan di SJK (SJKC dan SJKT) bagi Gred A meningkat masing-masing sebanyak 1.3% dan 1.9%. Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum (Gred ABC) bagi Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK juga meningkat sebanyak 1.2%. Walau bagaimanapun, prestasi Bahasa Melayu - Penulisan di SJK menurun sebanyak 0.8%. Penurunan peratusan ini disebabkan oleh penurunan peratusan calon yang mendapat Gred B dan C bagi Bahasa Melayu – Penulisan di SJK iaitu masing-masing sebanyak 1.5% dan 1.2%. Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 1.2%.

Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SJK bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus  Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E
021+031 
Bahasa Melayu – Pemahaman
2010
111,230
27.8
18.8
23.1
69.7
21.6
8.7
2.65
2011
113,161
29.1
18.8
23.0
70.9
21.0
8.1
2.60
Beza
1,931
1.3
0.0
-0.1
1.2
-0.6
-0.6
-0.05
022+032
Bahasa Melayu –
Penulisan
2010
111,227
18.4
35.9
17.4
71.7
12.2
16.1
2.72
2011
113,154
20.3
34.4
16.2
70.9
11.8
17.3
2.71
Beza
1,927
1.9
-1.5
-1.2
-0.8
-0.4
1.2
-0.01


Jadual 6 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi tahun 2010 dan 2011. Secara keseluruhan, prestasi bahasa Inggeris SK adalah stabil dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) sama seperti pada tahun 2010 iaitu 2.74. Walau bagaimanapun, peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.5% tetapi peratusan calon mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.4%.

Jadual 6:  Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E
014 
Bahasa Inggeris
2010
369,408
17.3
24.4
32.6
74.3
18.6
7.1
2.74
2011
370,424
16.8
25.2
32.7
74.7
17.5
7.8
2.74
Beza
1,016
-0.5
0.8
0.1
0.4
-1.1
0.7
0.00
024 + 034 
Bahasa Inggeris
2010
112,596
25.0
23.1
24.2
72.3
13.7
14.0
2.69
2011
114,398
23.8
23.5
23.6
70.9
13.0
16.1
2.74
Beza
1,802
-1.2
0.4
-0.6
-1.4
-0.7
2.1
0.05

Secara keseluruhan, prestasi Bahasa Inggeris SJK mencatatkan penurunan dalam Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) iaitu sebanyak 0.05 iaitu daripada 2.69 pada tahun 2010 kepada 2.74 pada tahun 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.2% dan 1.4%.

Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata pelajaran dan kertas  soalan adalah sama di SK dan SJK. Jadual 7 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011.

Jadual 7:  Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics dan Science bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E
015+025+035
Mathematics
2010
482,198
37.2
19.3
29.3
85.8
7.4
6.8
2.27
2011
484,802
36.9
19.4
30.4
86.7
7.1
6.2
2.26
Beza
2,604
-0.3
0.1
1.1
0.9
-0.3
-0.6
-0.01
018+028+038  
Science
2010
481,964
26.3
37.0
25.3
88.6
5.7
5.7
2.27
2011
484,844
24.3
39.2
24.3
87.8
6.7
5.5
2.30
Beza
2,880
-2.0
2.2
-1.0
-0.8
1.0
-0.2
0.03

Peratusan calon yang mendapat Gred A bagi mata pelajaran Mathematics menurun sebanyak 0.3% daripada tahun sebelumnya. Namun, peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak 0.9%. Pada keseluruhannya, prestasi Mathematics meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.01. Walau bagaimanapun, prestasi keseluruhan mata pelajaran Science  telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.03 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 2.0% dan 0.8%.

Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Cina bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E
026 
Bahasa Cina – Pemahaman
2010
95,831
30.9
29.2
26.3
86.4
8.0
5.6
2.28
2011
96,587
33.0
29.9
25.3
88.2
7.3
4.5
2.20
Beza
756
2.1
0.7
-1.0
1.8
-0.7
-1.1
-0.08
027
Bahasa Cina –
Penulisan
2010
95,828
33.0
33.1
18.6
84.7
5.8
9.5
2.26
2011
96,578
31.1
32.5
19.5
83.1
7.1
9.8
2.32
Beza
750
-1.9
-0.6
0.9
-1.6
1.3
0.3
0.06

Jadual 8 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Cina   bagi tahun 2010 dan 2011. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan ABC bagi mata pelajaran Bahasa Cina - Pemahaman meningkat daripada tahun sebelumnya, masing-masing sebanyak 2.1% dan 1.8%. Pada keseluruhannya, prestasi mata pelajaran ini meningkat dengan nilai GPMP sebanyak 0.08. Walau bagaimanapun, prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan  telah menurun dengan nilai GPMP sebanyak 0.06 berbanding tahun 2010. Peratusan calon yang mendapat Gred A dan Gred ABC juga menurun, masing-masing sebanyak 1.9% dan 1.6%.

Jadual 9: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Tamil bagi Tahun 2010 dan 2011

Mata Pelajaran
Tahun
Bil. Duduki
Peratus Calon
GPMP
A
B
C
ABC
D
E
036 
Bahasa Tamil – Pemahaman
2010
16,781
36.2
27.8
23.0
87.0
11.8
1.2
2.14
2011
17,838
40.1
27.0
22.9
90.0
8.4
1.6
2.04
Beza
1,057
3.9
-0.8
-0.1
3.0
-3.4
0.4
-0.10
037
Bahasa Tamil –
Penulisan
2010
16,782
36.5
18.0
25.8
80.3
6.4
13.3
2.42
2011
17,832
37.2
18.2
25.7
81.1
6.5
12.4
2.38
Beza
1,050
0.7
0.2
-0.1
0.8
0.1
-0.9
-0.04

Jadual 9 menunjukkan analisis prestasi dan gred purata Bahasa Tamil bagi tahun 2010 dan 2011. Kedua-dua prestasi mata pelajaran Bahasa Tamil – Pemahaman dan Penulisan menunjukkan peningkatan bagi Gred A iaitu 3.9% dan 0.7%, manakala Gred ABC pula masing-masing 3.0% dan 0.8%. GPMP Bahasa Tamil – Pemahaman menurun sebanyak 0.10 dan Bahasa Tamil – Penulisan sebanyak  0.04 berbanding tahun 2010.

Ujian Aptitud

Tahun ini merupakan tahun ketiga Ujian Aptitud diduduki oleh semua murid Tahun 6. Prestasi dalam ujian dapat memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki sekolah menengah. Pengetahuan tentang perkara ini sangat berguna kepada murid untuk memahami diri masing-masing, guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa untuk memahami anak-anak mereka.

Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 (terendah) hingga Band 4 (tertinggi). Minat dan kecenderungan murid terhadapbidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan Sosial atau Sukan turut dilaporkan.

Ingin ditekankan bahawa maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui sekolah. Ibu bapa digalakkan untuk mendapatkan maklumat tersebut bagi mengetahui minat, potensi dan kecenderungan anak masing-masing.

Penutup

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan guru, badan-badan sukarela, serta pihak media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam pelajaran. Saya yakin kejayaan yang dikecapi adalah hasil daripada usaha dan perancangan yang rapi semua pihak yang terlibat.

Akhir kata saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Lembaga Peperiksaan kerana berjaya menghasilkan kertas peperiksaan yang dijamin kesahan dan kebolehpercayaannya. Ucapan sama juga ditujukan kepada semua petugas peperiksaan kerana telah berjaya memastikan kelancaran peperiksaan yang dikendalikan sehingga keputusan UPSR berjaya dikeluarkan pada hari ini. Sesungguhnya permuafakatan dan kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Isu Pengajaran Bahasa Melayu Dalam ICT

    
 
    Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).  
 
   Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007).
 
   Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang  

   Penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.


   Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.

  Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).

   BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandanganumum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkanpenggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.


Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

    Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

  • Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);
  • Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);
  • Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);
  • Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan
  • Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

      Zaman pramerdeka (sebelum 1957)

    Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan. B eberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

  1. Laporan Barnes (1951) – menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu;
  2. Laporan Fenn-Wu (1951) – menyemak pendidikan kaum Cina;
  3. Ordinan Pelajaran (1952) – mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan; dan
  4. Laporan Razak (1956) – meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

sistem pendidikan

      Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)  
   Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.


    Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.
 

       Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

      Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum.


     Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.


     Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.


       Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

    Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara. Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

  1. Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;
  2. Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada tahun 1999;
  3. Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;
  4. Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); dan
  5. Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

       Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

     Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003 (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri, 2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.


    Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.                    




KEMUNCULAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan yang bersepadu dan seimbang mampu melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan - sekadar gambar hiasan.
       Keperluan untuk menyatakan FPN secara tersurat telah lama disedari. Oleh itu langkah untuk menggubal FPN yang menjadi cermin dan cita-cita serta idealisme yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini melalui sistem pendidikan memang dinanti-nantikan. Dalam penggubalannya pertimbangan yang teliti perlu dihalusi dengan merujuk kepada perkara-perkara berikut :

1. Penyata Razak 1956
2. Laporan Rahman Talib 1960
3. Akta Pelajaran 1961
4. Laporan JK Kabinet 1974
5. Laporan JK Kabinet 1979
6. Rukunegara
7. Prinsip-prinsip pendidikan
8. Matlamat pendidikan
9. Dasar Pendidikan Kebangsaan

Perakuan 191, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979. Perakuan 191 menegaskan :

 “ Pendidikan di negara ini adalah untuk mencapai perkembangan murid yang menyeluruh, iaitu perkembangan yang meliputi aspek kognitif atau intelek, jasmani, sosial, emosi, sikap dan nilai-nilai  ka pada murid-murid dan generasi akan datang. “

   Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dibentuk adalah hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet tahun 1974.

  Pembentukan Jawatankuasa Kabinet tahun 1974, adalah kerana berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, pembentukan Rukunegara, 1970 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru, 1970. Peristiwa-peristiwa tersebut, telah mendorong kerajaan mengkaji semula dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini yang kurang menitikberatkan perpaduan negara dan memajukan aspek sosial, ekonomi dan politik untuk membangunkan bangsa dan negara.

   Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, yang menitikberatkan aspek nilai hanya diistiharkan pada tahun 1998 dan dijelmakan secara rasmi melalui Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988.

   Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi :
 
“ Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. “

    Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 juga, telah menetapkan secara tersurat dan tersirat penentuan wajah dan jenis warganegara Malaysia yang perlu dibentuk melalui sistem pendidikan di Malaysia. Keperihatinan dan hasrat Jawatankuasa tersebut dirakamkan seperti berikut :

“ Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan. “

   Ringkasnya, berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, peranan pendidikan tidak lagi hanya ditumpukan kepada perpaduan negara dan pengeluaran sumber tenaga manusia, tetapi pendidikan turut ditumpukan kepada pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan.

       Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, telah menetapkan matlamat pendidikan negara dengan jelas, iaitu pendidikan ke arah melahirkan insan, masyarakat dan warganegara yang baik. Pada asasnya, insan baik yang hendak dilahirkan itu perlu memiliki  ciri-ciri berikut :

1. Percaya dan patuh kepada tuhan.
2. Berilmu pengetahuan dan berketrampilan.
3. Berakhlak mulia.
4. Bertanggung jawab kepada diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
5. Berbakti dan bersedia memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara.

   Dalam usaha mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996 dan matlamat pendidikan negara, nilai-nilai murni tidak dapat dilakukan tanpa mengasas, membina dan mengembangkannya melalui sistem pendidikan. Oleh yang demikian tindakan pada peringkat pelaksanaan, hendaklah ditegaskan. Dalam konteks sistem pendidikan kita, nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai yang luhur dan murni. 
   Unsur-unsur nilai murni yang dimaksudkan itu ialah nilai-nilai murni yang bersifat tetap dan kudus yang diamalkan oleh semua agama dan bersifat sarwajagat (universal). Nilai-nilai murni tersebut adalah berasaskan pandangan dan maklum balas yang diperolehi dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak tahun 1976, yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama.

Nilai-nilai murni tersebut ialah :

1. Baik hati.
2. Berdikari.
3. Hemah Tinggi.
4. Hormat Menghormati.
5. Kasih Sayang.
6. Keadilan.
7. Kebebasan.
8. Keberanian.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental.
10. Kejujuran.
11. Kerajinan.
12. Kerjasama.
13. Kesederhanaan.
14. Kesyukuran.
15. Rasional.
16. Semangat Bermasyarakat.

   Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran disokong oleh R. W. Taylor yang menurutnya, nilai murni ini tidak dapat dipisahkan melalui pendidikan. (Dr. Wan Mohd Zaid bin Wan Mohd Noordin, 1993, dalam Wawasan Pendidikan). Taylor berpendapat :

Education is an arena which all realms of values may be concern

    Bersabit dengan pendidikan dan nilai-nilai murni, Dr. Wan Mohd Zaid bin Wan Mohd Noordin, 1988, ketika menjadi Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, semasa membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Ke arah Perlaksanaan Nilai-nilai Murni Di Dalam KBSM : Falsafah Pendidikan Negara, pada Seminar Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum, Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) , di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, tahun 1988, telah mengambil pandangan E.F Schumacer yang menjelaskan tentang nilai (dalam, Small is beautiful, hal. 83) iaitu :

“ The essence of education … is the transmission of values, but values do not help us to pick our way through life unless they have became our own, a part so to say, of our mental wake up. “

    Manakala Hanna Holborn Gray, Universiti Chicago (PPK, Fail Reformasi, 1990, hal. 10) menyokong bahawa nilai murni sangat penting diterapkan melalui pendidikan untuk menghasilkan manusia yang baik dan mulia. Beliau menyatakan :

To think about the aims of education is to think of what kind of person, what kind of human competence, what kind of goals might be most desirable for the sosial order and the quality of civilized existence. “

    Oleh itu, hubungan nilai dan sistem pendidikan adalah sangat rapat. Selaras dengan hasrat Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, semua guru di sekolah rendah dan sekolah menengah diminta mengajar, menyisip atau memasukkan nilai-nilai murni melalui Pendidikan Islam untuk pelajar-pelajar Islam dan Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar bukan Islam. Langkah ini telah dilaksanakan di peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) tahun 1982, di sekolah percubaan dan tahun 1983 di semua sekolah rendah di Malaysia. 
   Di peringkat sekolah menengah, penerapan nilai-nilai murni telah dilaksanakan ketika penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988, di sekolah percubaan dan sepenuhnya pada tahun 1989 di seluruh Malaysia, yang pada waktu itu persoalan penerapan nilai-nilai murni lebih menonjol dan ketara. Untuk menjayakan cita-cita ini, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif. Strategi yang diambil ialah dengan cara menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Dalam kata lain, nilai-nilai murni disisip melalui semua mata pelajaran yang diajar dan diamalkan melalui kegiatan kokurikulum di sekolah.

    Kementerian Pendidikan juga memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu di peringkat sekolah menengah dengan memastikan supaya semua mata pelajaran yang diajar tidak terpisah antara satu sama lain. Unsur utama yang digunakan untuk kesepaduan ini ialah melalui penerapan unsur nilai-nilai murni. Ini bermakna semua guru dikehendaki menyemai dan membangunkan kesedaran terhadap nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran yang diajar, bermula tahun 1989 apabila KBSM diperkenalkan.
   

Info berkaitan  ' Bahasa Melayu '

PERANAN BAHASA MELAYU

 

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat  
    Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. 
  Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diri
 
     Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. 
    Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 
3) Bahasa perpaduan
 
   Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.

   Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu, bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan
 
   Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat.

5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia 
   Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. 
   
  Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa.

6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan
 
   Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya
 

   Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti, berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. 
    Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik, ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.
8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa
 
    Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.

Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006. 


Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?

    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.
Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.

   Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.

  Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.

  Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.

  Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

  Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.

  Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. 

Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan?
   
    Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak rasmi.

    Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

   Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua.
Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

   Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.

  Dunia semakin berkembang, masyarakatnya semakin maju dan berpengetahuan, maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing.

  Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskerta.

   Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan, perbankan, komputer dan internet.

   Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain.Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.

    Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

   Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.

  Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja.

  Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanm melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa. 


Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

    Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

   Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

    Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah  peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai
alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama.

      Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh manabahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran
hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang dijalankan
untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

     Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.

       Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.

       Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih
releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun. 


 Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.

   Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.

   Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.

   Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.

   Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa.

   Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.
 


Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan

      Kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.

   
Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.
 
(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) 

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

   Perlembagaan tidak menjelaskan maksud “bahasa kebangsaan” . Kamus Dewan mendefinisikan “bahasa kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain”. “Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara”.

   Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan

    Dasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

    Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,

“…Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.”
-Akta Pelajaran 1961-

   Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

    Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, “ Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan…”.

  
Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

    Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan 
Dasar Pendidikan Kebangsaan.
   
   Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untuk mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu.
Ciri-ciri Bahasa ilmu
 
     Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

     Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.
 
    Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan.

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes (kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut:

    Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

     Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan kajian, dan seumpamanya digunakan.

  Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjektifan penulisan, sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Oleh itu ungkapan seperti ‘Berdasarkan kajian saya, saya dapati bahawa…’ dinyatakan sebagai ‘Berdasarkan kajian, penyelidik didapati bahawa…’ . Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan peribadi diri penulis.

   Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan. Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada objek ayat bukannya subjek pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian ini…dan sebagainya.

  Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu.
Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

   Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap.

   Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah.

   Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan ‘hiasan’ .

   Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks.

   Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.

   Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.


 Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

    Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

   Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

   Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.

   Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.
 
   Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.

   Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)

   Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

   Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. 

   Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.

   Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.


 Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

     Keberanian beberapa orang pengkaji tentang kegusaran mereka mengenai masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi “mengangkasakan” tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

   Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul pengajaran.

   Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ‘markah bonus’ dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

   Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

   Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

   Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

  Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah Yusof, DBP,(2006:48-51) .

Kesimpulan

    Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British.

    Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

   Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

  Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah.
 
  Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu.

    Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.     



 Siaran Akhbar Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM)
04 May 2010 - Unit Komunikasi ITNM

    Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang berlangsung pada 27 April 2010 di Hotel JW Marriot, Putrajaya.
 
     Perbincangan yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, turut dihadiri YB. Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh, Pengerusi ITNM; Dato’ Asariah Mior Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan); Datuk Dr. Haili Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG); dan Mohd. Zanal Dirin, Timbalan Pengarah Sains dan Teknologi, Bahagian Pembangunan Kurikulum. 
 
     Perbincangan ini turut menghimpunkan 74 ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), wakil dari Institusi Pengajian Tinggi Awam, wakil persatuan penulis seperti Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), wakil kesatuan guru, para pendidik sekolah menengah serta sekolah rendah, pakar bahasa, penggiat sastera, penggiat seni, dan wakil syarikat penerbit buku tempatan.
 
       Secara umumnya, frasa ‘memartabatkan bahasa Melayu’ didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global. Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. 
 
    Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global.
 
     Dalam perbincangan ini, KPM telah membentangkan program yang dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga 2012 dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu. Secara dasarnya, program memartabatkan bahasa Melayu di KPM terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Program Kurikulum, Program Kokurikulum, Program Kajian, serta Program Latihan dan Pembangunan. Berikut adalah ringkasan program dan aktiviti yang telah dibentangkan:
 
Program Kurikulum
  1. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, pihak BPK telah melaksanakan transformasi Kurikulum Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah dengan meningkatkan waktu belajar bahasa Melayu. Bagi pelajar Tahap I, waktu belajar ditingkatkan dari 270 minit seminggu kepada 300 minit seminggu; manakala bagi Tahap II, dari 150 minit kepada 240 minit seminggu. 
  2. Untuk transformasi Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Menengah, ia masih dalam proses penggubalan dan akan dilaksanakan pada tahun 2012 dengan menumpukan kepada Dokumen Standard Bahasa Melayu.
  3. Bagi Kurikulum Tingkatan 6 (STPM), menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, transformasi untuk pembelajaran bahasa Melayu akan bermula pada 2011, dan berbentuk Sistem Modular.
  4. Pelajar sekolah menengah (pelajar Tingkatan 1 hingga 5) berpeluang memanfaatkan Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) yang mana teks KOMSAS baru Tingkatan 1 dan 4 telah digunakan mulai Januari 2010. Teks Kesusasteraan Melayu Elektif baru juga telah digunakan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 bermula Januari 2010.
  5. Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bertujuan untuk memastikan semua murid dapat membaca, mengira dan mengenal huruf selepas tiga tahun persekolahan.
  6. Program PROTIM (Membaca dan Menulis) membolehkan murid Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) yang masih lemah dapat menguasai kemahiran berbahasa sebelum mengikuti pembelajaran di peringkat menengah.
  7. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana MBM bagi memastikan program bahasa Melayu lebih terancang dan hasrat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu akan tercapai.
Program Kokurikulum
  1. Pemantapan program memartabatkan bahasa Melayu oleh Bahagian Teknologi Pendidikan diadakan melalui penganjuran aktiviti seperti Mari Membaca, Kem Penulis Muda, program Nilai Ilmu Amalan Membaca (NILAM), Minggu Bahasa dan Klinik Bahasa.
  2. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional menganjurkan program Membaca 1 Buku Bahasa Melayu setiap bulan dalam kalangan pegawainya sebagai menyokong usaha memartabatkan bahasa Melayu selain mengadakan KOMSAS Mentoring untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.
  3. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pula menganjurkan aktiviti Pelestarian Kebudayaan Melayu kepada guru pelatih, guru sekolah menengah dan rendah sebagai program penataran pendidikan kebudayaan, pelestarian aktiviti berkaitan budaya dan penyelidikan aspek kebudayaan setempat.
Program Kajian
  1. Institut Aminuddin Baki (IAB) menjalankan penyelidikan tahap kompetensi pemimpin sekolah dalam bahasa Melayu untuk guru besar dan pengetua.
  2. Jemaah Nazir telah mengadakan kajian tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru berbangsa Cina dan India yang mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Ini bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu dalam kalangan guru bukan Melayu yang mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah bukan Melayu.
  3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan juga telah mengadakan kajian penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah.
  4. Jemaah Nazir turut mengadakan pemeriksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang berfokus kepada penguasaan kemahiran lisan dan menulis di peringkat sekolah menengah, terutamanya pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
Program Latihan dan Pembangunan
  1. IPGM telah menganjurkan Wacana Epistemologi dan Pemikiran Alam Melayu, khususnya untuk pensyarah-pensyarah IPG. Selain itu, IPGM turut mengadakan program pengantarabangsaan bahasa Melayu, Kursus Ketepatan Penggunaan Bahasa Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmi dan Kursus dalam Perkhidmatan. Bagi aktiviti peningkatan kepakaran guru bahasa Melayu, IPGM telah mengadakan pelbagai kursus berkaitan untuk meningkatkan prestasi guru.
  2. Program-program lain yang turut dianjurkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu adalah Kempen Kecintaan Terhadap Bahasa Kebangsaan, Kursus Pemerkasaan Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar dan Guru, Pemilihan Munsyi Dewan, Konvensyen Munsyi Dewan, Kursus Pengukuhan Bahasa Melayu dan taklimat sukatan pelajaran bahasa Melayu kepada Jurulatih Utama Bahasa Melayu seluruh negara.
  3. Bahagian Teknologi Pendidikan kini dalam usaha pembinaan e-Bahan Bahasa Malaysia untuk memeriksa kesalahan umum tatabahasa dan apresiasi puisi. Selain itu, bahagian ini juga membuat pembelian dan pengedaran bahan “off the shelf” CD Kancil, memuat turun perisian kursus e-Bahan Bahasa Melayu pada LMS dan menambah baik prasarana yang disediakan.
  4. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional turut mewujudkan Pusat Kecemerlangan Mata Pelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang memberi penumpuan kepada mata pelajaran teknik, tetapi dalam masa sama tetap memartabatkan bahasa Melayu.
     Kesimpulan kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh KPM dari segi pemartabatan bahasa Melayu, ia sebenarnya berasaskan kepada pedoman belajar bahasa yang mana ia memerlukan bahasa itu dipelajari setiap hari. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk membina asas yang kukuh, menetapkan sasaran, menumpukan kepada kepentingan dan tidak takut melakukan kesilapan serta yang paling penting, keseronokan mempelajari bahasa Melayu.
 
      Selaku agensi di bawah KPM, ITNM juga tidak ketinggalan dalam memainkan peranan memartabatkan bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti penterjemahan dan khidmat jurubahasa serta kursus yang dianjurkan. Perbincangan ini turut membuka ruang kepada pihak ITNM menerangkan strategi dan hala tuju bagi memartabatkan bahasa Melayu yang diketengahkan oleh ITNM selari dengan misi mengatasi halangan bahasa selain meningkatkan kepustakaan Melayu sebagai wahana pemikiran rakyat. Berikut adalah aktiviti teras dilaksanakan oleh ITNM seperti yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut:
 
1.      Menerbitkan buku terjemahan dalam bahasa Melayu
 
     
Sehingga 2010, ITNM telah menterjemahkan 507 judul dalam pelbagai bidang seperti Pendidikan, Pengurusan, Sastera, Teknologi Maklumat, Sains, Sains Sosial, Tamadun Islam dan lain-lain. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 333 judul telah diterjemahkan ke bahasa Melayu. Terjemahan ini amat penting, khususnya untuk golongan pelajar dan masyarakat umum bagi memastikan bahan rujukan dalam bahasa Melayu sentiasa ada dan berkembang selaras dengan perkembangan ilmu di peringkat global.
 
2.      Menterjemah buku pelanggan ke bahasa Melayu
 
  
ITNM turut menawarkan khidmat menterjemah buku pelanggan untuk menjana pendapatan bagi menampung kos pentadbiran. Sehingga kini, sebanyak 551 buku pelanggan diterjemahkan berdasarkan permintaan pelanggan. Dalam hal ini, ITNM tidak menerbitkan buku yang diterjemahkan itu kerana hak cipta dan kebenaran mencetak dimiliki oleh pelanggan tersebut.
 
3.      Menterjemah dokumen bahasa asing ke bahasa Melayu
 
    
Khidmat utama ditawarkan oleh ITNM adalah khidmat terjemahan dokumen komersil. Sehingga kini, sebanyak 257,568.7 halaman dokumen dan sijil telah diterjemahkan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 129,725.7 merupakan terjemahan daripada pelbagai bahasa asing ke bahasa Melayu. Antara dokumen yang diterjemahkan ke bahasa Melayu adalah sijil lahir, pasport, lesen memandu, transkrip, risalah perubatan, risalah data keselamatan, polisi insurans, borang soal selidik, laporan tahunan, manual latihan, dokumen undang-undang, garis panduan untuk Kementerian Kesihatan dan Manual tentera Darat. Pelanggan ITNM pula terdiri daripada individu, sektor awam, sektor swasta dan syarikat multinasional.
 
4.      Menyediakan khidmat kejurubahasaan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu
 
        ITNM menawarkan khidmat kejurubahasaan bagi bahasa asing ke bahasa Melayu dan juga sebaliknya untuk persidangan, mesyuarat, seminar, latihan, lawatan dan perbicaraan di mahkamah. Sehingga 2010, sebanyak 801 projek kejurubahasaan dilaksanakan dan 98 daripadanya melibatkan khidmat kejurubahasaan daripada bahasa asing ke bahasa Melayu.
 
5.      Menganjurkan kursus penterjemahan bahasa Melayu
 
   
Selain khidmat terjemahan dan kejurubahasaan, ITNM turut menganjurkan Kursus Penterjemahan Bahasa Melayu, Bengkel Penyuntingan Terjemahan, Bengkel Suntingan Karya Asli, Kursus Jurubahasa dan Kursus Bahasa Asing. Sehingga kini, sebanyak 227 kursus telah dianjurkan dengan bilangan peserta 5,215 orang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 162 kursus melibatkan bahasa Melayu dengan peserta seramai 3,397.
 
    Bagaimanapun, pihak ITNM tidak tertakluk atau hanya bertumpu kepada aktiviti teras sahaja, di mana ITNM turut merangka strategi dan program lain bagi memartabatkan bahasa Melayu. Berikut disenaraikan secara ringkas antara program yang sedang dan akan dilaksanakan:
  1. Selaras dengan usaha menyahut cabaran semasa, dengan pengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), ITNM kini dalam proses menterjemah 130 judul buku Sains dan Matematik yang akan menjadi bahan bacaan tambahan di semua sekolah selewat-lewatnya pada penghujung 2012. 
  2. Menterjemah 50 judul buku bertemakan kreatif ke bahasa Melayu untuk menggalakkan minda dan pemikiran lebih kreatif untuk menyokong usaha kerajaan melahirkan generasi hadapan yang berfikiran kritis dan kreatif.
  3. Cadangan menterjemah buku bertemakan sukan ke bahasa Melayu selaras dengan usaha Kementerian melaksanakan “Satu Murid Satu Sukan”. ITNM sedang melihat judul buku sesuai yang terpilih untuk diterjemahkan ke bahasa Melayu, yang mana ia membawa aspirasi dan semangat sukan ke dalam diri pembacanya.
  4. ITNM juga sedang mengumpul bahan-bahan Sastera Dunia untuk diterjemahkan ke bahasa Melayu. Ia bertujuan agar karya hebat ini dapat dinikmati dan dihayati masyarakat tempatan seterusnya mendedahkan mereka dengan kerencaman masyarakat asing.
  5. ITNM juga sedang dalam usaha menambah jumlah kursus yang dianjurkan bagi menambah lagi bilangan penterjemah untuk menampung permintaan perkhidmatan yang ITNM sediakan.
    Hasil daripada pembentangan ini, pihak ITNM menyimpulkan bahawa segala pelaksanaan usaha bagi menerbitkan buku terjemahan bahasa Melayu adalah sebagai mendukung program memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tanpa sokongan padu daripada KPM, tidak mungkin ITNM dapat merealisasikan perancangannya serta mencapai kejayaan seperti sekarang.
 
  Selain objektif penganjuran perbincangan meja bulat yang memberi fokus kepada memartabatkan bahasa Melayu, ia turut bertujuan untuk berkongsi idea dan mendapatkan pandangan ahli mesyuarat bagi mencari kata sepakat dalam usaha dan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Sesi sumbang saran telah dibuka bagi mendapatkan maklum balas tentang strategi memartabatkan bahasa Melayu daripada pelbagai pihak. Secara ringkas, berikut adalah maklum balas, saranan dan cadangan yang diketengahkan oleh ahli mesyuarat berkenaan usaha memartabatkan bahasa Melayu (MBM):
  1. Memperkukuhkan dasar kerajaan mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  2. Meningkatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dengan mengkaji semula sistem penggredan di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan keperluan dalam bidang pekerjaan. Jika sebelum ini, syarat kelayakan yang diperlukan hanya lulus, ia sudah sewajarnya dinaikkan taraf sekurang-kurangnya kepada pencapaian kepujian.
  3. Menubuhkan jawatankuasa khas kabinet yang akan memperjuangkan hal-hal berkaitan bahasa Melayu.
  4. Mengemukakan satu memorandum berkaitan memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ke kabinet.
  5. Menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti masyarakat, tanpa mengira kaum dan bangsa dengan menghapuskan tanggapan bahawa bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu.
  6. Menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan universiti.
  7. Mewujudkan semula ujian lisan di peringkat sekolah dan mewajibkannya sebagai salah satu syarat kelayakan menyambung pengajian di peringkat universiti.
  8. Pemilihan dan pelantikan guru bahasa Melayu di sekolah mestilah dalam kalangan guru yang mempunyai kepakaran dalam pengajian Melayu.
  9. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu mestilah bermula dengan membudayakan bahasa Melayu melalui penerokaan aspek apresiasi, penjiwaan dan penghayatan amalan seperti berpantun, gurindam, seloka dan nazam. Mata pelajaran bahasa Melayu dan sastera Melayu juga perlu merentasi disiplin dan lengkap dengan aspek amali.
  10. Mewajibkan pengajian bahasa Melayu untuk pelajar asing.
  11. Mengadakan latihan pengukuhan di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) khusus bagi bakal guru yang mengajar bahasa Melayu dan Sastera Melayu.
  12. Menjadikan Sastera Melayu sebagai subjek teras di peringkat sekolah menengah.
  13. Memberikan keistimewaan kepada guru yang mengajar bahasa Melayu dan Sastera Melayu sama seperti guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
  14. Mewujudkan ujian bahasa Melayu di peringkat IPT sebagaimana ujian bahasa Inggeris (MUET).
  15. Mengawal peranan media yang menyekat siaran rancangan bahasa Melayu berbanding bahasa Cina dan Tamil yang lebih tinggi nilai komersialnya.
  16. Menghasilkan bahan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu seperti bahan bercetak, drama, filem dan lirik lagu yang menggunakan bahasa Melayu standard. Bahan berkenaan perlu dipasarkan secara meluas supaya lebih mudah didapati.
  17. Menambah kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat sekolah bagi mendukung usaha memperkasakan bahasa Melayu.
     Dapatan daripada perbincangan ini, pengerusi mesyuarat menyimpulkan bahawa isu untuk memperkasakan bahasa Melayu ini sebagai perkara yang sangat kompleks. Ia melibatkan banyak pihak, banyak kaedah pelaksanaan, dan ia bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya untuk menggubal sesuatu dasar. Walau bagaimanapun, pihak terlibat seharusnya memainkan peranan mengikut bidang kepakaran masing-masing. 
 
     Jika semua yang terlibat tahu dan mengambil inisiatif melaksanakan peranan masing-masing, ia sedikit sebanyak dapat membantu merealisasikan perkara yang dibincangkan pada mesyuarat ini. Selain itu, cadangan mewujudkan satu jawatankuasa kabinet merupakan idea yang bernas kerana di situlah segala keputusan berkaitan penggubalan dasar boleh dibuat. 
 
    Pengerusi turut mengusulkan agar satu memorandum ringkas dibuat dan dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bagi menyokong usaha beliau terutamanya dalam menukarkan dasar PPSMI kepada dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Hala tuju dan strategi yang dicadangkan akan diusulkan kepada Menteri Pelajaran selanjutnya dibentangkan di peringkat kabinet.

No comments:

Post a Comment